Open Tuisyen Bahasa Melayu Tingkatan 5
9 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 08 Januari 2026, seorang peserta telah menyertai kelas Open Tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu Tingkatan 5 di NADI Sungai Bandung. Kelas ini dijalankan bagi membantu pelajar memahami silibus Bahasa Melayu Tingkatan 5 dengan lebih teratur dan sistematik.
Sepanjang kelas berlangsung, peserta diberikan nota bagi setiap topik yang diajar untuk memudahkan ulang kaji dan pemahaman. Peserta juga menjalankan kuiz bagi menguji tahap kefahaman terhadap topik yang telah dipelajari. Aktiviti kuiz ini membolehkan peserta melatih kemahiran menjawab soalan dengan lebih tepat serta membiasakan diri dengan format soalan yang sering keluar dalam peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: